Arsenal dikatakan berminat untuk mendapatkan dua pemain Juventus iaitu pemain pertahanan Medhi Benatia dan Daniele Rugani.
Menurut Calciomercato, kelab London itu sudah mengadakan perbincangan mengenai kedua-dua pemain tersebut.
Namun, pemain yang dijangka akan meninggalkan kelab gergasi Itali itu adalah Benatia buat masa ini.
Ejen Rugani sebelum ini pernah memperkatakan mengenai masa depannya dan menyatakan bagi pihak Juventus bahawa mereka tidak pernah terfikir untuk menjual Rugani.
Situasi Benatia pula adalah sangat berbeza dengan Rugani.
Pemain kebangsaan Maghribi itu sememangnya akan meninggalkan Juventus musim ini.
Beliau tidak mempunyai hubungan yang baik dengan Maximiliano Allegri dan Juventus sendiri bersedia untuk menerima tawaran daripada mana-mana kelab.
Bekas pasukannya, Marseille juga menyatakan rasa minatnya terhadap Benatia.
Benatia meningkat naik ketika beraksi di Roma pada 2013 yang menjadikannya buruan kelab Eropah seperti Manchester City, Chelsea, Barcelona dan Real Madrid.
Beliau kemudian menyertai kelab Bayern Munich selama tiga tahun sebelum kini bersama dengan Juventus.
Namun, anehnya di Juventus beliau bukan pemain utama pasukan sebaliknya Allegri lebih gemar menggunakan Giorgio Chiellini dan Rugani di bahagian pertahanan, selain Stephan Lichtsteiner dan Alex Sandro di posisi sayap pertahanan.
Arsenal sudah mendapatkan Lichtsteiner dan hampir pasti mendapatkan Sokratis Papastathopoulos, kemasukan Benatia akan menguatkan lagi barisan pertahanan The Gunners yang lemah sejak beberapa tahun kebelakangan ini di bawah Arsene Wenger.