Luar Negara Eropah

Football Tribe 44 Universal Player Awards: Tempat 33-23

Selesai!

Selepas satu minggu mengumpul data daripada penulis, editor kami dan juga para pembaca Football Tribe, kami telah berjaya membina senarai 44 pemain terbaik di dunia. Untuk membaca pemain yang berada di posisi 44-34, klik link berikut: Football Tribe 44 Universal Player Awards: Tempat 44-34

Senarai ini mengambil kira faktor-faktor berikut:

  1. Undian staf Football Tribe di seluruh Asia – 20%
  2. Undian para pembaca Football Tribe di seluruh Asia – 20%
  3. Rating WhoScored.com untuk aksi liga (EPL, LaLiga, Serie A etc) – 10%
  4. Rating WhoScored.com untuk aksi rantau Eropah (UCL, Europa League) – 10%
  5. Statistik EA Sports FIFA – 10%
  6. Jumlah follower di media sosial (Twitter/Instagram) – 10%
  7. Jumlah Piala yang dimenangi musim ini – 20%

Berikut adalah senarai pemain-pemain yang berada di posisi 33-23:

Tempat Ke-33: Harry Kane

Rating FT: 7.89

Rating Pembaca: 7.41

Mata Keseluruhan: 62.34

Walaupun tidak memenangi kasut emas, Harry Kane tetap layak menerima pujian selepas mencetak 30 gol di EPL musim ini. Penyerang Inggeris ini jelas bukan 'one season wonder'.

Tempat Ke-32: Jose Gimenez

Rating FT: 7.16

Rating Pembaca: 7.34

Mata Keseluruhan: 62.47

Atletico Madrid bukan sahaja memiliki penjaga gol yang hebat, malah mereka turut mempunyai benteng pertahanan yang cemerlang. Antara pemain yang membarisi benteng tersebut? Jose Gimenez!

Tempat Ke-31: Ederson

Rating FT: 7.55

Rating Pembaca: 7.75

Mata Keseluruhan: 62.57

Setelah bertahun-tahun mencari penjaga gol yang cemerlang, Man City akhirnya berjaya membawa masuk Ederson, yang terus menjadi antara aspek paling penting dalam kejayaan mereka menjulang trofi EPL musim ini.

Tempat Ke-30: Edin Dzeko

Rating FT: 7.77

Rating Pembaca: 7.88

Mata Keseluruhan: 62.58

Salah satu pemain kunci AS Roma yang membantu mereka mara ke separuh akhir UCL. Dzeko menjaringkan banyak gol-gol penting untuk Roma musim ini.

Tempat Ke-29: Alisson Becker

Rating FT: 7.91

Rating Pembaca: 8.27

Mata Keseluruhan: 62.61

Alisson Becker jelas merupakan penjaga gol terbaik di Serie A. Tepisan-tepisan yang dilakukan oleh Alisson banyak membantu Roma, terutamanya di pentas UCL.

Tempat Ke-28: Eden Hazard

Rating FT: 6.89

Rating Pembaca: 7.41

Mata Keseluruhan: 64.11

Walaupun Chelsea gagal mempertahankan gelaran juara EPL, Eden Hazard terus membuktikan kemampuannya untuk The Blues musim ini. Sedang dikaitkan dengan perpindahan ke Real Madrid pada waktu ini.

Tempat Ke-27: Sadio Mane

Rating FT: 7.64

Rating Pembaca: 8.35

Mata Keseluruhan: 64.77

Sebahagian daripada trio menakutkan yang dimiliki oleh Liverpool. Sadio Mane berjaya menjaringkan 20 gol untuk The Reds musim ini.

Tempat Ke-26: Roberto Firmino

Rating FT: 8.11

Rating Pembaca: 8.38

Mata Keseluruhan: 65.85

Penyerang Brazil ini cukup cemerlang bersama skuad Jurgen Klopp dalam kejayaan mereka mara ke final UCL musim ini. Selain menjaringkan 25 gol, Firmino banyak mencatat 'assists' untuk The Reds musim ini.

Tempat Ke-25: Jan Oblak

Rating FT: 8.02

Rating Pembaca: 8.7

Mata Keseluruhan: 66.23

Salah satu penjaga gol terbaik di La Liga, Jan Oblak muncul individu dengan jumlah clean sheet yang terbanyak, iaitu 22. Sayangnya, kita tidak akan dapat melihat aksinya di Piala Dunia nanti.

Tempat Ke-24: Miralem Pjanic

Rating FT: 7.14

Rating Pembaca: 7.5

Mata Keseluruhan: 66.36

Pemain tengah bertubuh kecil ini cukup penting buat gaya permainan yang diterapkan oleh Massimiliano Allegri di Juventus.

Tempat ke-23: Gianluigi Buffon

Rating FT: 7

Rating Pembaca: 8.25

Mata Keseluruhan: 66.65

Walaupun mencetus kontroversi ketika bertemu Real Madrid di separuh akhir UCL, Buffon tetap disayangi jutaan peminat di seluruh dunia. Berjaya merangkul gelaran Serie A yang ketujuh bersama Juventus musim ini.