Selama 36 tahun Peru tidak beraksi dalam Piala Dunia. Kali terakhir mereka membuat penampilan adalah pada tahun 1982 di Sepanyol.
Bakal beraksi di Russia, Peru tidak meletakkan sasaran yang tinggi, mengatasi juara Copa America 2015 dan 2016, Chile, dalam saingan kelayakan Zon Amerika Selatan (CONMEBOL) merupakan satu kejayaan yang besar buat La Bicolor. Dalam perlawanan play-off, mereka menyingkirkan wakil dari Oceania, New Zealand dengan kemenangan 2-0 secara agregat.
Di atas aksi cemerlang yang dipamerkan sejak beberapa bulan untuk melayakkan diri ke Piala Dunia, Peru kini menghuni tangga ke-11 ranking dunia FIFA dan keempat dalam zon CONMEBOL.
Dalam enam aksi terakhir, Peru mencetak 16 gol dan hanya bolos tig. Skuad kendalian Ricardo Gareca ini turut menewaskan dua dari Eropah Croatia dan Iceland dan ia merupakan bukti Peru bukan pasukan yang boleh dipandang remeh.
Bayangan skuad
Sejak hari ini, Peru baru sahaja menyenaraikan 24 pemain yang bakal ke Russia. Jurulatih pasukan, Gareca, mendapatkan khidmat pemain yang bermain di luar Benua Amerika, seperti Jefferson Farfan (Lokomotiv Moskow), Renato Tapia (Feyenoord), Paolo Hurtado (Vitoria Guimaraes), Sergio Pena (Granada), Edison Flores (Aalborg BK), dan Andre Carillo (Watford).
Namun, Peru akan kehilangan pemain paling berpengalaman sekaligus kapten mereka, Paolo Guerrero, yang dihukum 14 bulan daripada FIFA selepas didapati menggunakan bahan terlarang kokain. Dalam usaha untuk membawa Guerrero ke Russia, tiga kapten Kumpulan C, Hugo Lloris (Prancis), Mile Jedinak (Australia), dan Simon Kjaer (Denmark) telah membuat petisyen terhadap Guerrero kepada FIFA.
A la fecha, esta es la lista provisional de jugadores de Perú para Rusia 2018 y sobre la cual el Profesor Gareca hablará hoy en conferencia. pic.twitter.com/JI9teYzlk4
— La Bicolor (@SeleccionPeru) May 16, 2018
Peru captain Paolo Guerrero speaks out on his suspension and missing out on 'his dream' to play in a World Cup 💔🇵🇪 pic.twitter.com/mP2RTGKsQG
— B/R Football (@brfootball) May 16, 2018
Kekuatan
Dalam saingan kelayakan, Peru dikenali sebagai pasukan yang efektif ketika menyerang. Dalam kesemua aksi peringkat kumpulan, Peru meledak 27 gol, jumlah yang lebih banyak berbanding dengan Argentina yang dibarisi Lionel Messi yang mencetak 19 gol. Peru juga bolos tiga gol dan ia merupakan bukti permainan pertahanan mereka semakin ampuh. Taktikal serangan balas mereka bakal memberikan ancaman kepada lawan.
Kelemahan
Jika dibandingkan dengan pasukan lain dalam Kumpulan C, Peru merupakan pasuakn terlemah di antara Prancis, Australia dan Denmark. Bukan hanya daripada segi kekuatan pasukan, namun paling lemah jika melihat kepada pengalaman dan mental dalam saingan Piala Dunia. Kualiti skuad dan pengalaman Perancis tidak perlu diragui, Australia telah tampil beraksi dalam Piala Dunia sejak tiga edisi terakhir, manakala Denmark turut beraksi tiga kali dalam enam edisi sejak 1998. Di sebalik kelemahan ini, Gareca dan Peru perlu memanfaatkan kelebihan untuk beraksi tanpa sebarang tekanan.
Pemain utama
Kapten pasukan, Guerrero merupakan pemain yang paling berpengaruh Peru dalam saingan kelayakan selepas muncul penjaring gol terbanyak sepanjang zaman. Masih tiada kata putus mengenai statusnya yang bakal beraksi ataupun tidak, Jefferson Farfan dilihat bakal menggalas tugas sebagai pemain utama.
Jangkaan formasi
Ricardo Gareca telah menguji beberapa formasi dan paling digemarinya adalah 4-2-3-1 yang membantu pasukan untuk bermain dengan seimbang. Sukar untuk mengetepikan Pedro Gallese sebagai penjaga gol utama pasukan. Barisan pertahanan dijangka dibarisi oleh Guerrero, Alberto Rodriguez, Christian Ramos, bek kanan Luis Advincula, dan bek kiri, Miguel Trauco.
Sementara dua pemain tengah diisi oleh Edison Flores dan Renato Tapia. Bagi bahagian sayap, Christian Cueva dan Andre Carrillo. Manakala Farfan mengisi posisi nombor 10 manakala Raul Ruidiaz bertindak sebagai penyerang utama.
Peluang di Piala Dunia
Tiada sasaran khusus bagi Peru di Piala Dunia 2018. Fokus mereka adalah mencuri mata atau mampu mengalahkan Australia dan Denmark bagi melepasi peringkat kedua di belakang Perancis. Jika mara, Peru berkemungkinan berdepan Argentina (dijangka muncul juara Kumpulan D).
Melihat kepada lawan yang perlu ditempuhi, rakyat Peru tidak terlalu mengharap mereka mampu mara jauh tetapi sekurang-kurangnya dapat memberikan persembahan yang penuh makna.