Piala Dunia 2018 Kajian & Analisis

Senarai skandal-skandal terbesar dalam sejarah Piala Dunia FIFA

Piala Dunia adalah kejohanan bertaraf paling tinggi dalam dunia bola sepak. Paling berprestij, megah, popular serta berpengaruh. Sebab itu takhta kejuaraan Piala Dunia menjadi rebutan semua pasukan kebangsaan.

Bagaimanapun, itu tidak bermaksud Piala Dunia bersih daripada sebarang skandal. Terdapat banyak skandal yang diselitkan dengan Piala Dunia, baik di dalam dan juga luar padang. Bermula daripada Piala Dunia yang pertama sehingga yang terbaru, berikut adalah senarai skandal-skandal besar di Piala Dunia.

Pemampilan pengadil oleh Benito Mussolini di Piala Dunia 1934

Pada tahun 1934, badan diktator Itali melakukan salah satu campur tangan terbesar dalam sejarah Piala Dunia. Ketika itu, secara terang-terangan mempamerkan pengadil untuk final Piala Dunia 1934 antara Itali dan Czechoslovakia adalah Ivan Eklind, pengadil dari Sweden yang mengendalikan aksi separuh akhir antara Itali dan Austria, sebelum diarahkan Mussolini untuk mengadili final. Sudah pasti Eklind memihak Itali yang ketika itu memegang status selaku tuan rumah. Bahkan, Eklind ditangkap memasuki pejabat Mussolini sebelum final dimulakan. Akhirnya, Itali muncul juara walaupun dengan cara yang salah.

Gol kontroversi Geoff Hurst di Piala Dunia 1966

England hanya menjuarai Piala Dunia pada 1966 sewaktu bergelar tuan rumah. Malangnya, kemenangan England disulami dengan insiden kontroversi. Ketika itu, England menundukkan Jerman 4-2. Namun, gol ketiga mereka tampak meragukan. Jaringan Geoff Hurst melalui tandukan itu dilihat belum melepasi garisan gol tetapi pengadil, Gottfried Dienst, mengesahkan jaringan itu selepas penjaga garisan, Tofiq Bahramov, berbincang dengannya. Sehingga kini, jaringan itu masih dibincangkan.

Bas pasukan Belanda dilencongkan ketika Piala Dunia 1978

Piala Dunia 1978 yang diadakan di Argentina berjaya dimenangi oleh tuan rumah. Sayangnya, campur tangan rejim askar Jorge Videla untuk menghadirkan kemenangan buat Argentina dilihat ketara. Salah satu cara yang dilakukan adalah membawa bas skuad kebangsaan Belanda yang akan bertemu Argentina di final ke tempat lain sebelum final dimulakan. Situasi itu mempengaruhi pemikiran skuad Belanda dan membuatkan pasukan bimbingan Rinus Michel tidak beraksi sepenuhnya.

Pengaturan mata Jerman Barat dan Austria di Piala Dunia 1982

Algeria hampir mencipta sensasi ketika Piala Dunia 1982. Ketika itu, mereka hampir melepasi peringkat kumpulan yang turut dibarisi Jerman Barat, Chile dan Austria. Sayangnya, penyusunan mata yang dilakukan Jerman Barat dan Austria telah melenyapkan impian Algeria. Pada waktu itu, Algeria berada di tangga kedua sekiranya Austria yang begitu kuat ketika itu mengatasi atau mengikat Jerman Barat. Malangnya, Jerman Barat menang ke atas Austria dalam aksi terakhir melalui perlawanan yang pelik. Pihak Algeria berang, namun tidak mampu melakukan apa-apa kerana tiada bukti yang kukuh.

Jaringan tangan tuhan Diego Maradona di Piala Dunia 1986

Dua pandangan buat Diego Maradona dapat dilihat ketika aksi suku akhir Piala Dunia 1986 bertemu England. Maradona telah menjaringkan dua gol seperti yang biasa dilakukan. Gol pertamanya dicipta menggunakan tangan sehingga dikenali sebagai ‘gol tangan tuhan’. Selepas itu, Maradona sekali lagi menyumbat gol melalui satu aksi hebat sehingga dianggap jaringan terbaik di abad ke-20.

Pisau Roberto Rojas di kelayakan Piala Dunia 1990

Aksi kelayakan Piala Dunia 1990 zon CONMEBOL diwarnai dengan insiden memalukan apabila penjaga gol Chile, Roberto Rojas, melukakan diri sendiri agar lawan mereka, Brazil, didenda oleh FIFA. Skandal yang dikenali sebagai El Maracanazo itu terjadi ketika ada balingan bunga api dilemparkan penyokong Brazil ke aras Rojas. Darah tiba-tiba terkeluar daripada kepala Rojas tetapi selepas diselidik, Rojas didapati melukakan kepada sendiri menggunakan pisau. Akibatnya, Chile dihukum dalam dua Piala Dunia dan Rojas digantung selamanya daripada bola sepak, walaupun hukuman itu dilupuskan pada 2001.

 

Racun minuman buat pemain Brazil di Piala Dunia 1990

Perlawanan antara Brazil dan Argentina sering disulami dengan insiden menarik. Ketika Piala Dunia 1990, kedua-dua Negara ini bertemu di pusingan kedua dan dimenangi oleh Argentina. Bagaimanapun, Albiceleste tampak dilihat menggunakan cara salah apabila memberikan racun buat pemain lawan. Ketika itu, fisioterapi Argentina yang memasuki padang untuk merawat seorang pemain yang tercedera menawarkan minuman buat Branco, bek kiri Brazil. Selepas itu, Branco menjadi pening. Penampilannya tiba-tiba merudum sehingga mengakibatkan gol kemenangan Argentina. Ketika ditanya mengenai insiden itu, pengurus Argentina, Carlos Bilardo, menafikan pasukannya sengaja melakukan perkara itu.

Byron Moreno dan penyingkiran Itali di Piala Dunia 2002

Itali tersingkir daripada Piala Dunia 2002 di tangan tuan rumah, Korea Selatan, dengan cara yang tidak begitu menyeronokkan. Ketika itu, Itali bukan disingkirkan Korea tetapi pengadil perlawanan, Byron Moreno, yang mengendalikan aksi itu dengan penuh kontroversi. Moreno mencipta banyak keputusan meragukan, bermula daripada penalti meragukan di minit awal sehingga melayangkan kad merah buat Francesco Totti pada minit ke-103. Akhirnya, Itali tewas menerusi jaringan emas Ahn Jung-hwan di masa tambahan. Peranan Moreno begitu besar sehingga dilabelkan pengadil terburuk sepanjang masa.

Tandukan Zinedine Zidane terhadap Marco Materazzi di Piala Dunia 2006

Zinedine Zidane mengakhiri karier bersama pasukan Perancis dengan cara yang menyedihkan apabila menanduk dada Marco Materazzi di final Piala Dunia 2006. Reaksi Zidane mungkin melampau, namun provokasi yang dilakukan Materazzi juga tampak menyedihkan. Aksi Zidane dikesan pengadil sehingga diperintah keluar padang dan Perancis tewas di tangan Itali.

Insiden bola ke tangan Thierry Henry ketika kelayakan Piala Dunia 2010

Perjalanan Perancis di Piala Dunia 2010 begitu teruk apabila berakhir di peringkat kumpulan. Namun, mereka sememangnya tidak layak ke pusingan akhir selepas ‘dibantu’ insiden bola ke tangan oleh Thierry Henry. Ketika perlawanan play-off bertemu Ireland, Perancis menang selepas William Gallas menjaringkan gol kemenangan hasil hantaran Henry, yang sebelum ini mengawal bola menerusi tangannya.

Rasuah Afrika Selatan buat FIFA di Piala Dunia 2010

Afrika Selatan menjadi negara pertama dari benua Afrika yang menjadi tuan rumah Piala Dunia. Malangnya, kejayaan mereka juga diraih hasil tindakan awal mereka memberikan rasuah buat FIFA. Berdasarkan penyiasatan yang dilakukan, pihak Afrika telah memberi FIFA wang berjumlah USD10 juta. Perkara ini terdedah pada 015 dan walaupun Afrika Selatan menganjurkan Piala Dunia dengan baik, isu ini tetap mencemarkan nama mereka.