
Buffon mungkin melalui penghujung musim yang agak kontroversial selepas insiden melibatkan Michael Oliver ketika perlawanan UCL menentang Real Madrid. Namun, tahap kesetiaan Buffon dan dedikasinya terhadap Juventus wajar dipuji. Ini merupakan musim terakhir Buffon bersama Juventus dan selepas berjaya membantu skuad Old Lady meraih kejuaraan Serie A buat kali ketujuh berturut-turut, agak jelas bahawa Buffon masih merupakan antara penjaga gol terbaik di dunia.