Liga Super Malaysia Berita

Natxo Insa: JDT akan melakukan yang terbaik, walaupun tanpa penyokong di stadium

Buat pertama kalinya, saingan Liga Malaysia terpaksa diadakan tanpa penyokong.

Namun pemain tengah JDT, Natxo Insa memberi jaminan bahawa JDT akan tetap meraih kemenangan dan enggan menghampakan penyokong.

“Kami telah bersedia sebaik mungkin dengan latihan dan fasiliti yang ada di JDT sepanjang tempoh bola sepak tidak dibenarkan,” katanya menerusi laman Facebook rasmi Johor Southern Tigers.

“Kami fokus untuk meneruskan kembali perlawanan dan inilah masanya untuk memberikan segalanya. Kami harus menunjukkan bahawa kami adalah JDT.”

Natxo juga mengakui perlawanan bola sepak akan berasa janggal tanpa penyokong, namun ia bukanlah alasan untuk tidak beraksi dengan baik.

“Bola sepak akan terasa lain tanpa kehadiran mereka di sisi kami.

“Para penyokong adalah penting ketika perlawanan berlangsung. Kami mendengar sokongan mereka, dan ia membuatkan kami mahu melakukan dengan lebih baik.”

JDT akan bertemu Pahang di Stadium Darul Makmur, Kuantan malam ini.