Malaysia Kajian & Analisis

Tribe Ratings: Azam Azih kunci kemenangan Tok Gajah ke atas City Boys

Pahang berjaya menamatkan kemarau kemenangan selepas menewaskan Kuala Lumpur 4-0 di Stadium Darul Makmur malam ini. Gol-gol daripada Muslim Ahmad, Safuwan Baharuddin, Issey Nakajima dan Austin Amutu memastikan Pahang meraih tiga mata pertama mereka sejak 1 Mei lepas.

Berikut adalah Tribe Ratings yang diberikan oleh penulis kami untuk semua pemain Pahang yang turun beraksi malam tadi:

Helmi Eliza -  8/10

Banyak diuji oleh barisan serangan Kuala Lumpur, namun Helmi cukup konsisten membuat tepisan demi tepisan.

Matt Davies - 7/10

Cukup konsisten sepanjang 90 minit malam ini. Banyak membantu bahagian serangan dengan larian-larian di bahagian sayap.

Muslim Ahmad - 7/10

Walaupun beraksi tanpa Afif Amiruddin, Muslim Ahmad kental di bahagian pertahanan Pahang. Berjaya menjaringkan gol pembukaan, selain turut mengekang Guilherme de Paula dengan efektif.

Bunyamin Omar - 6/10

Memainkan peranan dengan efektif. Namun, pergerakannya kadang-kala terlalu gopoh. Banyak melakukan foul. Walau bagaimanapun, wajar dipuji kerana berjaya membantu Pahang mencatat 'clean sheet'.

Zubir Azmi - 6/10

Stabil dari segi defensif dan bekerja keras untuk mengawal larian-larian Zaquan Adha. Namun, tidak seaktif Matt Davies, dari aspek serangan.

Safuwan Baharuddin - 7/10

Cukup kental sebagai 'defensive midfielder' Pahang malam ini. Berjaya menjaringkan gol kedua Pahang.

Nor Azam Azih - 8/10

Antara pemain terbaik Pahang di atas padang hari. Mengawal tempo perlawanan dengan mudah, dan sempat mencatat dua 'assist'

Issey Nakajima-Farran - 7/10

Banyak membazirkan peluang pada babak pertama, namun sempat mencuri gol pertamanya untuk Pahang pada babak kedua. Masih mencari rentak

Wan Zaharulnizam - 6/10

Banyak membuat larian, namun tidak begitu efektif dari segi penetrasi. Akhirnya ditukarkan dengan Faisal pada penghujung babak kedua.

Austin Amutu - 7/10

Seorang lagi pemain import yang masih mencari rentak bersama Pahang, namun berjaya mencatat gol pertamanya pada babak kedua.

Patrick Cruz - N/A

Hanya sempat bermain selama 16 minit, sebelum mengalami kecederaan.

Simpanan

R. Kogileswaran - 6/10
Cukup rajin di bahagian sayap kiri, dan banyak melancarkan percubaan terhadap gol Kuala Lumpur.

Faisal Halim - N/A
Hanya beraksi selama 20 minit, dan berjaya melakukan beberapa larian bahaya.

Norshahrul Idlan - N/A
Dibawa masuk untuk menggantikan Issey Nakajima untuk lapan minit terakhit