Perbincangan mengenai prestasi pasukan England di saingan antarabangsa sememangnya menghadirkan isu yang menarik kerana pelbagai teori konspirasi yang dilalui. Daripada tiada rehat pada musim sejuk, kelab-kelab Inggeris tidak lagi melahirkan pemain tempatan sehinggalah ke masalah psikologi kerana kegagalan di masa lampau. Beberapa alasan itu boleh dikatakan cukup rasional bagi mendukung teori itu, berbekalkan beberapa penjelasan.
Teori yang paling menarik datangnya daripada pemain-pemain sendiri. Beberapa hari yang lalu, Jermain Defoe menjelaskan bahawa dia amat bosan ketika berada di pusat rehat pasukan, pemain yang ketika ini beraksi buat Bournemouth itu menonton videp pernikahan Wayne Rooney bersama pemilik acara. Tentunya wujud satu tanda tanya tatkala anda berasa sangat bosan dengan pentas bola sepak yang terbesar ini. Jadi, apakah alasan motivasi yang menyebabkan kegagalan mereka?
Namun, ternyata ada seorang lagi pemain yang mempunyai pandangan lain mengenai kegagalan pasukannya di saingan antarabangsa. Salah seorang bekas bek, Rio Ferdinand, tahun lalu mendedahkan bahawa pasukannya kekurangan daripada segi perhubungan persahabatan yang baik antara satu sama lain.
“Dalam satu tahun, kami harus bersaing dengan Liverpool untuk mendapatkan gelaran juara liga, sementara pada tahun lain bersaing dengan Chelsea. Situasi itu membuatkan saya tidak pernah rapat dengan Frank Lampard, Ashley Cole, John Terry atau Joe Cole yang mewakili The Blues, atau Steven Gerrard dan Jamie Carragher yang menyarung jersi The Kop,” kata Rio kepada TalkSport.
“Saya tidak terbuka kerana khuatir mereka akan mengambil sesuatu daripada saya dan menggunakannya apabila kembali ke kelab masing-masing bagi menjadikan mereka lebih baik. Saya tidak mahu bergaduh dengan mereka, namun saya sedar sikap itu telah melemahkan England. Ketika itu, saya terlalu obsess untuk meraih kejuaraan bersama Manchester United, itu sahaja,” sambungnya.
Berbeza dengan teori-teori yang pernah ada sebelum itu, anda tentu boleh melihat reality yang benar-benar berlaku. Tatkala berkembangnya dunia bola sepak dunia serta yang terlibat dengannya, kelab-kelab Eropah semakin terdesak untuk meraih gelaran juara, mendominasi liga dan menewaskan seterus utama mereka. Contoh yang dapat kita lihat adalah Sepanyol. Sejarah antara Sepanyol dan Catalonia turun ke dalam pertandingan. Begitu juga dengan El Clasico yang semakin penting buat peminat dan pemain mereka sendiri.
Jika anda sering menonton saluran Youtube terkenal seperti Arsenal Fan TV, anda akan melihat betapa bencinya penyokong pasukan terhadap persaingan antarabangsa dan bagaimana mereka langsung tidak mempedulikan pasukan England.
Bagi sesetengah individu, sebuah institusi yang mewakili komuniti mereka lebih berperanan penting dalam kehidupan berbanding sebuah institusi yang mewakili mereka secara keseluruhan. Perkara itu tampak berlaku kepada pemain yang sering diingatkan bahawa bola sepak adalah perniagaan dan mereka mewakili identity yang dipegang penyokong-penyokongnya. England masih belum mempunyai prinsip seperti Jerman yang berpegang dengan Mannshaft, atau prinsip identiti negara secara keseluruhan.
Walaupun masalah perseteruan tidak hanya berlaku di England, kes yang mereka catatkan lebih unik. Pada November lalu, Gerrard pernah bercakap tentang Philippe Coutinho, yang sangat gembira menyambut latihan 10 hari bersama pasukan Brazil.
“Saya rasa di England cuma ada hubungan saling menghormati berbanding hubungan yang erat. Coutinho tidak sabar untuk 10 hari bersama kem Brazil, sesuatu yang tidak anda rasakan di England,” ujar bekas pemain Liverpool itu.
Anda semua sememangnya tidak mampu menghilangkan perseteruan dengan pantas ketika pemain-pemain bersaing setiap hari di liga yang sama, berbeza dengan Sepanyol, Perancis, Jerman atau Itali yang mempunyai jumlah besar pemain yang berkelana di saingan Eropah. Kesemua mereka tidak meraih satu Piala Dunia dalam 20 tahun kebelakangan. Berlatih bersama pasukan kebangsaan menjadi peluang sementara untuk jadual liga yang ketat.
Tentunya bukan sebuah perkara yang berlebihan jika mengatakan bahawa corak permainan mereka mencerminkan rekod buruk England di pentas antarabangsa. Ketika Brazil menampilkan corak permainan yang indah dan mengutamakan kesenangan dan juga kemenangan, England hanya mahu menang. Hal itu membuatkan mereka tidak boleh melakukan sebarang kesalahan, sekaligus menjadi alasan mengapa mereka mudah tewas ketika penentuan sepakan penalti.
Kali ini, nampaknya wujud sedikit harapan buat skuad kendalian Gareth Southgate apabila wujud kebangkitan beberapa pemain tempatan dari Manchester City dan Tottenham Hotspur untuk dijadikan harapan. Raheem Sterling sudah pasti menerima ilmu berharga daripada Pep Guardiola, sambil Dele Alli dan Harry Kane tentunya menerima pengaruh besar daripada gaya latihan Mauricio Pochettino.
Sekelompok pemain muda ini diharapkan mampu menghadirkan perubahan kepada skuad England. Masalah pemilihan falsafah dan formasi bukan isu utama yang harus dihadapi Southgate, sebaliknya masalah keharmonian baik di atas padang atau di bilik persalinan yang harus diutamakannya.