Malaysia Liga Super Malaysia

Rakan dan lawan ucapkan selamat berjaya kepada Khairul Fahmi Che Mat

Biasanya apabila seorang pemain mengumumkan persaraan, dia akan dibanjiri ucapan. Tetapi berbeza pula dengan Khairul Fahmi Che Mat.

Mengumumkan perpisahannya bersama Kelantan untuk menyertai Melaka United menerusi laman instagram peribadinya, ruangan komennya dibanjiri dengan ucapan selamat berjaya daripada pemain-pemain bolasepak yang sedang dan pernah bermain di Liga Malaysia.

Antara pemain-pemain yang mengucapkan selamat berjaya kepada Khairul Fahmi adalah bekas pemain Kelantan seperti Brendan Gan, Dickson Nwakaeme, Daudsu Jamaluddin, Farisham Ismail, Syed Adney bahkan bekas ketua jurulatih Kelantan, Velizar Popov.

Selain itu, ramai pemain pasukan lawan yang pernah beraksi menentang Kelantan turut mendoakan agar Khairul Fahmi terus berjaya bersama Melaka United. Antara yang memberi ucapan adalah Matt Davies, Nazmi Faiz, Lee Tuck, Khairul Azhan dan penjaga gol Singapura Izwan Mahbud.

Saying goodbye to something you love was never easy! Life is full of tough and important decision, and nothing makes them easy. It has been a very taxing and emotional week for me as i made the tough decision of leaving the kelantan fa. The Kelantan FA has been such major part of my life. I was born in kelantan, had my early educations there before furthering my educations in johor n kuala lumpur. However, i did not forget my roots and returned to start my career by playing for Kelantan since the Piala Presiden 2008. The rest they said, was history. I want to thank all my team mates, the great coaches and managers and the boards of Kelantan FA that i have the pleasure of learning from. We had our shares of ups and downs and we are so bonded together. Not forgetting the wonderful and supportive fans that have given me the strengths to succeed. However, all good things do come to an end. And here we are at a major crossroads. I will be leaving for melaka fa as i felt that it is the right time, the right way and the right terms for me now. The journey has not ended yet and who knows one day, i will be back to my roots. To Melaka United,TQ and new journey begin… . #newjourneybegins #newlife #newhope #newtarget #newfriends #newteammates #melakaunited #trwfamily #thanos

A post shared by KFLN (@fahmiapexs) on

Brendan Gan: Terima kasih, ini telah mengajar anda banyak perkara. Semoga anda terus menjadi penjaga gol terbaik Malaysia dan kini Melaka.

Dickson Nwakaeme: Seorang pemain lagenda. Selamat berjaya bersama pasukan baru. Anda telah membalas budi Kelantan.

Matt Davies: Tahniah bro. Jasa yang sangat menakjubkan bersama Kelantan.

Velizar Popov: Selamat berjaya Khairul Fahmi.

Izwan Mahbud: Selamat berjaya bersama pasukan baru sahabatku Khairul Fahmi.

Jonathan Mckain: Selamat berjaya Apek. Satu penghormatan untuk beraksi bersama anda dan membantu memperbaiki Bahasa Inggeris anda yang masih teruk. Jaga diri dan selamat berjaya.

Khairul Fahmi sememangnya seorang pemain yang cukup ikonik buat Kelantan. Aksi hebatnya bersama Kelantan membuatkan pemain yang pernah memenangi gelaran treble bersama Kelantan pada tahun 2012 membuatkan dia disegani dan dihormati lawan.

Biarpun kini tidak lagi bersama Kelantan, ramai mendoakan agar Khairul Fahmi dapat mengembalikan prestasi terbaiknya bersama Melaka United. Siapa tahu, mungkin suatu hari nanti Khairul Fahmi akan kembali dan mengakhiri kerjayanya bersama The Red Warriors.