Musim West Bromwich Albion seakan berjalan seperti mimpi buruk. Sempat menampilkan aksi-aksi yang cemerlang pada permulaan musim dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL), The Baggies bagaimanapun sekali lagi berjuang habis-habisan bagi memastikan mereka kekal dalam saingan ini. Setakat ini, West Brom berada dalam landasan yang positif dan di sebalik perkara hadirnya pengendali yang bernama Darren Moore.
Sejak mengendalikan pasukan pada 2 April 2018, Moore berjaya membantu Chris Brunt dan rakan sepasukan menampilkan aksi yang berkesan. Dalam lima perlawanan, purata kemenangan West Brom di bawah kendalian Moore adalah 60%, hasil daripada tiga kemenangan dan dua seri. Lebih menarik lagi, lawan perlu dihadapi Moore adalah pasukan yang berkualiti.
Dalam aksi kedua mengendalikan West Brom, Moore berjaya mengejutkan Manchester United di Old Trafford. Kemudian berjaya mengikat Liverpool 2-2 walaupun ketinggalan dua jaringan meskipun sudah tertinggal terlebih dahulu. Kejayaan terbaru West Brom berjaya diraih apabila menewaskan Tottenham 1-0 dengan jaringan pada minit terakhir oleh Jake Livermore.
Moore jelas melakukan tugas yang baik buat kelab ini dan seandainya mampu meraih kemenangan ke atas Crystal Palace pada Ahad, Moore mampu memastikan pasukan kekal dalam saingan EPL. Jika perkara ini mampu dilaksanakan, tentu ia akan menjadi sebuah fenomena yang luar biasa.
Peranan pengurus berkulit hitam dalam bola sepak England
Darren Moore menjadi fenomena bukan sahaja kerana sedang mencipta keajaiban bersama West Brom. Permainan bertahan yang diketengahkan oleh Moore membantu West Brom mengutip mata demi mata untuk kekal di EPL. Tampil sebagai seorang pengendali yang berkulit hitam, pencapaian Darren Moore bukanlah suatu perkara yang kita sering lihat.
England dilihat sebagai sebuah negara moden yang memiliki tahap toleransi yang tinggi. Bagaimanapun, ia sekadar pada permukaannya sahaja. Ramai pemain bola sepak yang berkulit hitam telah menempah nama dalam EPL, tetapi melihat pengendali kulit hitam adalah sesuatu yang jarang ditemui. Ia menunjukkan bahawa diskriminasi kaum dalam pekerjaan masih benar-benar terjadi di England.
Dalam sejarah, memang orang-orang kulit berwarna memerlukan masa untuk mendapat tempat dalam bola sepak. Sukan ini secara dimainkan buat pertama kali di England pada tahun 1863. Tetapi pemain berkulit hitam baru benar-benar boleh bermain dalam sukan ini pada dua dekad berikutnya. Arthur Wharton dari Ghana yang bermain untuk Preston North End pada 1886. Sebelum Wharton, nama-nama seperti Robert Walker dan Andrew Watson, tetapi Wharton adalah pemain berkulit hitam pertama yang tampil dalam kejohanan profesional.
Soal pengurus juga sama. Bekas pemain Liverpool, Paul Ince, merupakan pengurus pertama dalam saingan EPL pada 2008 ketika mengendalikan Blackburn Rovers. Ketika Ince bergelar pemain, beliau merupakan kapten pasukan England pertama yang berkulit hitam. Sebelum hadirnya Ince dalam bidang kejurulatihan, Tony Collins pernah mengendalikan Rochdale sekitar tahun 1960-an, bahkan sempat membawa pasukan mara ke final Piala Liga tetapi Rochdale yang tidak bermain dalam kejohanan utama, sejarah tersebut kemudian diabaikan.
Daripada segi penghargaan juga turut menjadi persoalan. Chris Hughton yang merupakan pengurus Brighton and Hove Albion adalah pengurus berkulit hitam pertama yang meraih anugerah Pengurus Terbaik EPL. Penghargaan ini telah diberikan pada tahun 2018 atau lebih tepat lagi, 26 tahun setelah EPL pertama kali dimainkan.
Fenomena yang terjadi sejak era Andrew Watson, Tony Collins, hingga kini Darren Moore, menandakan bahawa diskriminasi terhadap mereka-mereka yang memiliki kulit berwarna masih wujud. Mereka diangkat dan dihargai apabila melakukan sesuatu yang luar biasa hebat. Selebihnya, kualiti yang dimiliki mereka tidak begitu menjadi perbualan utama.
Moore menjadi sumber inspirasi, kepada para pengurus, jurulatih dan komuniti kulit hitam di England. Harapan yang sama diletakkan kepada Hughton yang mengendalikan Brighton. Fenomena ini sekali lagi menunjukan bahawa diskriminasi warna kulit masih terjadi di sebalik bola sepak inggeris yang terkenal di serata dunia.