Santai Luar Negara

Pilihan stadium sementara untuk Manchester United jika terpaksa berpindah

Impian pengurusan Manchester United untuk menaik taraf stadium kini menemui jalan buntu. Salah seorang pengarah kelab, Richard Arnold, menyifatkan rancangan untuk meluas serta menambah kapasiti Old Trafford sukar dilakukan ketika perlawanan berlangsung, sekaligus memaksa United mencari stadium sementara bagi memberi laluan kepada proses naik taraf.

Sukar untuk membayangkan United bermain di stadium selain Old Trafford tatkala tiada tempat yang berkualiti di kota Manchester tetapi jika terpaksa, kami menyenaraikan beberapa pilihan yang mungkin boleh digunakan mereka.

Stadium Etihad

Stadium pertama yang mungkin boleh digunakan United adalah milik jiran setempat, Manchester City. Memang agak menghairankan tetapi ia tidak mustahil kerana mengikut sejarah, kedua pasukan ini pernah berkongsi stadium sebelum ini. Sewaktu perang dunia kedua, Old Trafford hancur akibat letusan bom, sehingga memaksa City mengizinkan mereka menggunakan Stadium Maine Road, laman City sebelum Etihad. Tidak mahu menanggung kerugian, City menetapkan kadar sewa sekitar 5000 Pound setiap minggu untuk United.

Tentunya permusuhan ketat menyebabkan sukar untuk City rela stadium mereka digunakan United tetapi jika melihat pilihan stadium yang lain, hanya Etihad yang telah melepasi syarat untuk digunakan di pentas Eropah, berdekatan dengan kem latihan United, Carrington.

Stadium Macron

Stadium kedua yang menjadi pilihan adalah milik Bolton Wanderers, iaitu Stadium Macron yang memiliki kapasiti sekitar 22 ribu penonton. Jarak yang melibatkan hanya 25 kilometer dari kota Manchester menyebabkan stadium ini layak digunakan Red Devils jika ingin berpindah sementara.

Kualiti stadium ini juga sudah sesuai digunakan untuk aksi Eropah kerana Bolton sendiri pernah beraksi dalam saingan Piala UEFA pada musim 2008/09. Cuma, kapasiti tidak melebihi 30 ribu menjadi halangan sendiri kerana sudah tentu persekitarannya tidak meriah seperti Old Trafford, selain pendapatan tiket yang akan berkurang.

Ewood Park

Pilihan ketiga adalah milik Blackburn Rovers, Ewoord Park, yang mempunyai kapasiti sekitar 30 ribu kerusi.sama seperti Macron, alasan laman Blackburn ini menjadi pilihan adalah kerana ia hanya memerlukan 50 minit dari kota Manchester dengan menggunakan kereta dalam perjalanan seajuh 54 km.

United sendiri pernah meninggalkan kenangan manis di stadium ini kerana pada musim 2011/12, mereka meraikan penentuan juara liga di Ewoord Park. Cuma, stadium yang dinaik taraf pada 1992 ini masih cetek pengalaman dalam menjalankan aksi-aksi Eropah.

Hillsborough

Stadium milik Sheffield Wednesday, Hillsborough, menjadi pilihan keempat United berbekalkan hampir 40 ribu kerusi. Stadium dengan nama lama Owlerton ini hanya sejauh 58km dari kota Manchester, mengambil masa selama 1 jam 15 minit.

Selain kuantiti tempat duduk, taraf stadium yang dinaikkan pada 1914 ini sudah teruji dalam saingan Eropah dan FIFA. Hillsborough pernah menjalankan dua aksi bertaraf dunia, iaitu ketika England menjadi tuan rumah Piala Dunia pada tahun 1996 serta Piala Eropa pada tahu sama.

Selain itu, FA juga menunjukkan stadium ini sebagai salah satu venue ketika cuba mendapatkan hak Piala Dunia tahun 2018 dan 2022 pada tahun lalu.

Stadium Wembley

Pilihan terakhir dan berkemungkinan tipis adalah stadium kebangsaan buat England, Wembley. Cara ini dilakukan oleh Tottenham Hotspur sewaktu White Hart Lane dinaik taraf.

Bagaimanapun, jarak kota Manchester dengan stadium ini melebihi 300km, sekaligus memberikan masalah kepada United, walaupun kelebihannya adalah kemampuan untuk mengendalikan aksi besar kerana ia mampu menampung 90 ribu penonton.