Luar Negara Eropah

Kerana puting serigala, logo AS Roma ditapis oleh media Iran

Kita sering melihat pelbagai perkara yang diharam atau dikaburkan di kaca televisyen Indonesia. Kebiasaannya, tindakan itu dilakukan kerana ia melibatkan aspek yang menaikkan nafsu syahwat atau tidak elok ditonton oleh kanak-kanak bawah umur. Bagaimanapun, berbeza pula dengan Iran apabila logo AS Roma apabila ia ditapis di negara itu.

Ketika pertemuan antara Barcelona dan AS Roma bagi aksi suku akhir Liga Juara-Juara Eropah baru-baru ini, penonton-penonton sukan di Iran telah membincangkan tentang sebuah stesen televisyen yang menapis logo kelab ibu kota Itali itu. Sewaktu pemain-pemain Roma sedang bertarung dengan Barca yang beraksi selaku tuan rumah, logo Giallorossi telah ditapis dan dikaburkan di kaca televisyen di Iran.

Jika anda belum sedar, logo Roma terdiri daripada elemen mitos ibu kota Itali. Dua anak kembar dalam mitos tersebut, Romulus dan Remus, sudang disusukan oleh Capitoline, serigala betina dalam kisa Romawi kuno.

Apa yang unik, televisyen Iran itu mengkaburkan bahagian logo kelab, tepat ke puting serigala. Di kaca televisyen, boleh dilihat jelas bahawa puting itu sengaja dikaburkan, sekaligus membuatkan stesen televisyen itu diejek di media sosial.

“Dalam mitos yang berlaku hampir lebih 3000 tahun, kita mengetahui kisah Remus dan Romulus menyusu kepada serigala kerana tidak mendapat air susu ibu manusia, namun stesen televisyen Iran telah bertindak kejam menjauhkan kedua-duanya daripada serigala itu,” kata Mehdi Rostampour, wartawan sukan Iran yang tinggal di Denmark.

“Penonton zaman sekaran mudah terangsang dengan payudara seriga,” memetik salah satu kenyataan di Twitter.

Situasi itu membuatkan pengguna Twitter lain turut mengejek produser stesen televisyen itu, “Kami boleh terangsang dengan diri kami sendiri!”

Harus diakui bahawa apa yang dilakukan oleh stesen itu secara tidak langsung telah memberikan kesan kepada Roma, kerana sekurang-kurangnya mereka terlepas daripada caci maki hasil keputusan yang diraih di Camp Nou.

Wakil Itali itu sebenarnya dapat menangani pasukan tuan rumah sebelum menghadiahkan dua gol yang menjerat diri sendiri. Selepas itu, Gerard Pique dan Luis Suarez melengkapkan kekalahan Giallorossi kepada 4-1 di aksi pertama. Gol saguhati daripada Edin Dzeko memberikan satu jaringan berharga buat Roma di tempat lawan. Kelab ibu kota Itali itu akan berjuang pada Selasa depan untuk memadamkan defisit tiga gol di Stadium Olimpico.

Mari kita tunggu apakah stesen televisyen Iran itu akan masih menapis logo AS Roma yang menampilkan bahagian tubuh serigala betina.