Luar Negara Berita

Jurulatih Thailand minta kelab lepaskan pemain untuk kem latihan di Eropah

Ketua jurulatih Thailand, Milovan Rajovac telah meminta semua kelab melepaskan pemain-pemain yang dipanggil untuk mengikuti sesi latihan skuad kebangsaan di Eropah.

Kem latihan di Eropah itu akan diadakan pada penghujung Mei sebagai langkah persiapan Thailand bagi menghadapi Piala AFF Suzuki hujung tahun ini dan Piala Asia pada tahun hadapan.

Skuad Thailand tidak mempunyai sebarang perlawanan sehingga kalendar FIFA seterusnya pada bulan September, dan jurulatih Serbia itu merasakan ketiadaan sebarang kem latihan selama enam bulan itu sebagai terlalu lama. Oleh sebab itu, dia mencadangnjan untuk mengadakan kem latihan pada penghujung Mei nanti.

Rajevac menyuarakan mengenai kurangnya masa pemain-pemain berlatih bersama sebelum kejohanan King’s Cup yang lalu di mana mereka tewas 3-2 kepada Slovakia di perlawanan akhir.

“Kerana kami mempunyai kekangan masa untuk King’s Cup, pemain tidak mempunyai masa untuk cukup selepas perlawanan liga. Kami juga tidak mempunyai masa yang cukup untuk berlatih dari segi taktikal,” kata Rajevac seperti dilaporkan Nation Multimedia.

Menurut Rajevac, Mei merupakan masa paling tepat kerana semua pemain perlu fokus dengan pasukan masing-masing terutamanya yang mahu mengelak penyingkiran pada September nanti. Selain itu, pada bulan September, banyak liga di Eropah sedang berehat, jadi Thailand boleh merancang perlawanan persahabatan menentang pasukan Eropah yang kuat.