
Biarpun turun beraksi tanpa kelibat pemain-pemain bernama besar seperti Safiq Rahim, Natxo Insa dan juga Safawi Rasid, skuad kebangsaan Malaysia berjaya menunjukkan persembahan yang cukup positif untuk hanya tews tipis 2-1 menentang Lebanon di Beirut malam semalam.
Lebanon membuka tirai jaringan seawal minit ke-20, sebelum pemain simpanan Syafiq Ahmad berjaya menyamakan kedudukan dengan tandukan yang tepat pada minit ke-72. Walau bagaimanapun, Lebanon terus melancarkan serangan bertubi-tubi dan sempat mendapatkan gol kemenangan pada waktu kecederaan, melalui percubaan Hilal El-Helwe.
Berikut adalah Tribe Ratings yang diberikan oleh penulis kami kepada setiap pemain Malaysia yang beraksi malam ini:

Simpanan:

Penjaga Gol: Hafizul Hakim (6/10)
Selain daripada jaringan Lubnan menerusi sepakan penalti dan jaringan kedua Lubnan, tidak banyak yang perlu dilakukan Hafizul.

Bek Kanan: Matthew Davies (5/10)
Tidak banyak yang boleh diperkatakan mengenai pemain Pahang ini. Bertahan dengan baik ketika diserang tetapi tidak begitu bagus membantu serangan.

Pertahanan: Shahrul Saad (6/10)
Lebih agresif berbanding Irfan. Shahrul banyak membantu ketika Ariff Farhan sudah tertewas. Perlu lebih banyak berkomunikasi dengan Irfan.

Pertahanan: Irfan Zakaria (6/10)
Pemain muda Kuala Lumpur ini bijak membaca gerakan pemain Lubnan dan mematikan serangan mereka. Perlu lebih tenang dan kurang membuat ‘sliding tackle’ sia-sia.

Bek Kiri: Ariff Farhan (4/10)
Menjadi sasaran serangan Lubnan di separuh masa kedua. Ariff dilihat sukar menahan asakan Lubnan di bahagiannya.

Tengah: Akram Mahinan (7/10)
Agresif dan menjadi ‘kereta kebal’ buat Malaysia. Banyak membantu mengekang serangan Lubnan. Malaysia bergelut menahan asakan di minit terakhir selepas Akram dikeluarkan.

Tengah: Mahali Jasuli (5/10)
Agak aneh melihat Mahali bermain di bahagian tengah. Boleh memegang bola dengan baik, tetapi tidak cukup kreativiti untuk menjadi enjin di bahagian tengah. Juga kurang agresif ketika menahan asakan Lubnan.

Tengah: Nazmi Faiz (6/10)
Bermain sebagai pemain tengah lebih menyerang. Hantarannya menerusi sepakan penjuru berjaya ditanduk masuk Syafiq Ahmad untuk jaringan Malaysia. Malaysia masih menanti Nazmi mendapatkan prestasi 2011 dahulu.

Sayap Kiri: Akhyar Rashid (6/10)
Akhyar tidak dapat mengulangi aksi magikalnya ketika menentang Mongolia. Dikawal lebih ketat dan sukar mengatasi pemain Lubnan yang mempunyai fizikal lebih kuat.

Sayap Kanan: Wan Zack Haikal (6/10)
Beberapa kali cuba mengancam pertahanan Lubnan dari bahagian sayap. Tetapi ada kalanya pemain Felda United ini terlalu lama memegang bola.

Penyerang: Zaquan Adha (6/10)
Rajin dan memberi semangat kepada rakan sepasukannya. Zaquan turut membantu ketika bertahan tetapi mungkin disebabkan itu dia kehilangan tenaga ketika Malaysia mahu membuat serangan balas pantas.

Simpanan:

Penjaga Gol: Hafizul Hakim (6/10)
Selain daripada jaringan Lubnan menerusi sepakan penalti dan jaringan kedua Lubnan, tidak banyak yang perlu dilakukan Hafizul.