Luar Negara

Salah sumbang derma 12 juta pound Mesir buat hospital

Laman web saluran berita Mesir berbahasa Inggeris, King Fut, melaporkan bahawa pemain sayap Liverpool, Mohamed Salah, telah mendermakan 12 juta pound Mesir untuk membantu kanak-kanak yang mengalami masalah kanser tulang di salah sebuah hospital di negara itu

Bintang berusia 25 tahun itu kini terus menarik perhatian di luar padang apabila melibatkan diri dalam isu-isu kemanusiaan dan laporan mengenai pembedahan untuk seorang anak kecil Mesir yang menderita penyakit itu telah wujud pada Sabtu lalu.

Pada awal tahun ini, Salah telah memberikan jersi Liverpool kepada peminatnya, Mohamed Abdel-Karim, setelah gambarnya memakai baju sejuk dengan tertulis “SALAH 10” melalui tulisan tangan telah menular.

Salah juga memberikan hadiah berjumlah kira-kira RM145 ribu kepada Persatuan Pemain Veteran Mesir untuk disalurkan kepada 120 keluarga yang mengalami masalah kewangan.

Bekas pemain Chelsea dan AS Roma itu kini mencatat 24 gol hasil daripada 28 perlawanan buat Liverpool dan dia juga menjadi antara pilihan utama untuk memenangi Anugerah Pemain Terbaik Tahunan PFA bagi musim ini.