Luar Negara

Perlawanan liga Greece terpaksa dihentikan selepas pengurus pasukan lawan terkena gulungan tisu

Perlawanan di antara PAOK dan Olympiakos dalam saingan Liga Super Greece terpaksa dihentikan selepas satu gulungan tisu terkena muka pengurus pasukan pelawat.

Pengurus Olympiakos, Oscar Garcia terduduk selepas mukanya terkena gulungan tisu tersebut sebelum sepak mula perlawanan.

Ekora kejadian tersebut, pegawai-pegawai Olympiakos telah mengarahkan semua pemain mereka keluar padang sebagai tanda protes dan selepas itu mengumumkan bahawa Oscar Garcia telah dimasukkan ke hospital kerana mengalami pendarahan dalaman di bahagian bibirnya.

Selepas dua jam setengah daripada masa sepak mula yang dirancang, perlawanan terpaksa dihentikan selepas penyokong telah bertempur dengan pihak polis.

Pihak polis terpaksa menggunakan gas pemedih mata untuk menyuraikan penyokong yang sedang melakukan kekacauan.

Mengikut peraturan Persekutuan Bolasepak Hellenic, Olympiakos akan dihadiahkan kemenangan 3-0. PAOK pula akan ditolak tiga mata, didenda sehingga 90,000 euros dan diarahkan bermain dua perlawanan tanpa penyokong.