Asia

Kitchee SC berjaya ikat bekas bintang Manchester United

Bekas bintang Manchester United dan Atletico Madrid, Diego Forlan telah secara rasmi menyertai Kitchee SC untuk musim 2018.

Forlan dijangka tiba di Hong Kong pada 10 Januari dan akan diperkenalkan kepada media dan para penyokong dalam satu sidang media yang akan berlangsung pada hari seterusnya.

Sejak menjadi agen bebas selepas meninggalkan Mumbai City pada penghujung 2016, banyak spekulasi mengatakan bahawa bekas pemain kebangsaan Uruguay ini bakal bersara dari kancah bolasepak.

Namun, pemain yang berusia 38 tahun itu nampaknya sudah bersedia untuk kembali bermain dan akan menjadi tonggak utama Kitchee SC di saingan Liga Juara-Juara Asia. Pelbagai laporan di Hong Kong turut mendedahkan bahawa Forlan akan menerima gaji paling mahal dalam sejarah bolasepak negara tersebut.

2018 akan menyaksikan Kitchee beraksi di ACL buat kali pertama dalam sejarah kelab itu dan perlawanan pertama mereka menentang Jeonbuk Motors dari Korea Selatan akan berlangsung pada 13 Februari.