Luar Negara

Football Tribe Awards: 30 pemain terbaik di Asia (10-1)

Pemain ini memang tidak memerlukan sebarang penerangan. Semua peminat bolasepak di Malaysia mengenali kebolehan Omar Abdulrahman dan dia terus menjadi ikon yang cukup besar untuk Al Ain dan pasukan kebangsaan UAE sepanjang 2-17. Omar berjaya menjaringkan empat gol dan mencatat tujuh ‘assist’ sepanjang musim 2016-2017, dan turut berjaya mendapatkan tujuh gol dan enam ‘assist’ untuk Al Ain dalam saingan Liga Juara-Juara Asia. Malangnya, kita tidak akan dapat melihat kelibat Omar di Piala Dunia tahun depan selepas UAE gagal melepasi peringkat kelayakan.