Luar Negara

Football Tribe Awards: 30 pemain terbaik di Asia (20-11)

Ramai yang tidak mengenali Godwin Mensha apabila dia tiba di Iran untuk menyertai Peykan pada awal musim lepas namun dia meledak 15 kali di sana untuk membuktikan kebolehannya. Selepas hampir memenangi anugerah penjaring terbanyak, penyerang Nigeria ini berhijrah ke Persepolis dan sudah mula menjumpai rentak baru bersama mereka, terutamanya di saingan separuh akhir Liga Juara-Juara Asia, di mana Mensha berjaya menjaringkan empat gol.