Luar Negara

Football Tribe Awards: 30 pemain terbaik di Asia (20-11)

Selepas berjaya menarik perhatian ramai di J2 musim lepas, penyerang berusia 25 tahun ini turut mengekalkan prestasi yang sama di J.League, dengan 22 gol untuk Cerezo Osaka yang nyaris berjaya membantu dia memenangi anugerah penjaring terbanyak. Persembahan konsisten Sugimoto menjadi faktor utama yang menolong Cerezo habis di posisi ke-3, selain berjaya memenangi Piala J.League YBC Levain. Sugitomo turut berjaya membuat penampilan pertama untuk skuad kebangsaan Jepun pada bulan Oktober lepas dan dikatakan sudah mula menarik perhatian beberapa kelab di Sepanyol.