Luar Negara Berita

Football Tribe Awards: 30 pemain terbaik di Asia (30-21)

Kebangkitan Pahang sepanjang 2017 tidak begitu mengejutkan kerana mereka mempunyai penyerang seperti Matheus Alves di bahagian serangan. Bintang yang berasal daripada Brazil ini cukup tajam di hadapan gol namun perkara yang lebih mengagumkan adalah tahap konsistensi yang ditunjukkan oleh Alves di atas padang. Dia berjaya menjaringkan 18 gol untuk membantu Pahang mengambil posisi ke-2 di Liga Super. Bekas penyerang Gangwon FC ini turut meledak lima kali di pentas Piala Malaysia, walaupun Pahang tewas di peringkat suku akhir.