Malaysia Luar Negara

Football Tribe Awards: 20 Pemain Terbaik Di Asia Tenggara (3-1)

Siapa yang tak kenal Messi Jay? Walaupun hanya berumur 24 tahun, Chanatip sudah menjadi ‘role model’ yang penting untuk pemain bolasepak di seluruh Asia Tenggara. Selepas membantu Muangthong mara ke pusingan kalah mati Liga Juara-Juara Asia, Messi Jay berpindah ke Jepun untuk menyertai Consadole Sapporo. Dia mengambil sedikit masa untuk menyesuaikan diri dengan J.League namun tidak lama selepas itu, Chanathip mula menjadi antara pemain yang paling penting dalam skuad Sapporo dan berjaya membantu mereka kekal di J.League untuk musim 2018.