
Selepas meninggalkan Germany pada bulan April lepas, Stephan Schrock kembali menyertai Ceres di Filipina. Dan dia tidak mengambil masa yang lama untuk menunjukkan kebolehannya sekali lagi dan jaringan-jaringan gol yang menakjubkan. 2017 merupakan tahun yang positif buat Ceres kerana mereka berjaya memenangi edisi pertama Philippines Football League selain menjadi ‘Zonal Champions’ Piala AFC. Salah satu sebab mereka cukup konsisten tahun ini? Prestasi Stephan Schrock di atas padang!