
Walaupun Yuto Nagatomo sering diperkecilkan oleh pihak media di Itali, tiada siapa boleh mempunyai sebarang keraguan tentang daya tahan bintang Jepun ini. Sejak menyertai Inter, Nagatomo telah bermain di bawah 12 ketua jurulatih berbeza dan sudah berjaya membuat 200 penampilan setakat ini. Musim ini, Nagatomo turut menjadi pilihan utama Luciano Spaletti untuk posisi bek kiri.
Pada bulan November lalu, pemain berusia 31 tahun itu mencipta rekod baru sebagai pemain ketujuh dalam sejarah bolasepak Jepun yang berjaya membuat 100 penampilan untuk skuad Samurai Blues – pencapaian yang cukup menakjubkan. Nantikan persembahannya di Piala Dunia 2018!