Luar Negara

Live Streaming: 3 sebab anda perlu saksikan perlawnan Inter vs Udinese

Inter Milan akan turun padang menjadi hos kepada Udinese malam ini dalam perlawanan Serie A yang dijangka memberi aksi-aksi yang cukup menarik. Kami ada menyediakan saluran Live Streaming untuk anda menyaksikan perlawanan ini. Sebelum ini, mari baca tentang tiga sebab anda perlu layan perlawanan ini!

PRESTASI INTER MILAN

Jika anda mengikuti Serie A musim ini, anda akan tahu bahawa Inter Milan merupakan antara pasukan yang paling berbaloi untuk anda saksikan. Setakat ini, mereka masih belum lagi tewas dalam sebarang perlawanan dan minggu lepas mereka berjaya mengikat juara Serie A musim lepas, Juventus, 0-0. Inter sudah tentu akan kembali menyerang dalam perlawanan ini selepas gagal menjaringkan gol minggu lepas dan kemungkinan besar kita akan disajikan dengan rentak permainan yang bermutu tinggi.

MAURO ICARDI VS DANILO

Musim ini, Icardi telah berjaya menjaringkan 16 gol dalam 16 perlawanan dan dia akan menjadi ‘focal point’ dalam bahagian serangan Inter Milan. Minggu lepas, Icardi berjaya dihentikan oleh bahagian pertahanan Juventus dan dia tidak berjaya memberi sebarang impak dalam perlawanan tersebut. Malam ini, sudah tentu Icardi mahu kembali menjaringkan gol. Walau bagaimanapun, peranan yang dimainkan oleh Danilo dalam bahagian pertahanan Udinese agak besar dan dia dijangka penjadi pemain yang akan menjaga Icardi malam ini.

UDINESE BANGKIT KEMBALI

Walaupun Udinese hanya tujuh mata daripada zon penyingkiran di Serie A, mereka telah berjaya menunjukkan peningkatan sejak kebelakangan ini. Udinese berjaya meraih tiga kemenangan dari tiga perlawanan terakhir mereka, termasuk kemenangan 8-3 ke atas Perugia dalam saingan Copa Italia tempoh hari. Perlawanan ini akan memberi cabaran yang cukup tinggi untuk rentak yang ditunjukkan oleh skuad Massimo Oddo dan jika Jakub Jankto mampu memberi impak malam ini, sudah tentu mereka mungkin mencipta kejutan di Milan.

Jom saksikan Live Streaming Inter Milan vs Udinese, dibawakan khas oleh Sportsfix.TV!