📝 DONE DEAL
Chelsea have completed the signings of Riyad Mahrez from Leicester City for a report fee of 46.5M.
— Simon Johnson (@sjstandardsprt) August 31, 2017
Pemain dari kelab Leicester City, Riyad Mahrez kemungkinan akan kembali bergabung dengan bekas rakan sepasukannya iaitu N’Golo Kante dan kemungkin Danny Drinkwater dalam kelab Chelsea.
Pemain skuad kebangsaan Algeria itu memohon kebenaran untuk meninggalkan kem skuad kebangsaan Algeria pagi ini bagi membolehkan beliau menyelesaikan dokumen perpindahan keluar dari Leicester City. Kehadiran Riyaz telah dikesan oleh peminat di lapangan terbang Paris untuk menuju ke London bagi melengkapkan perpindahan yang bernilai 45m pound.
Barcelona juga berhasrat untuk mendapatkan khidmat pemain itu tetapi Antonio Conte telah memenangi perebutan pemain ini dengan tawaran yang lebih baik.
Riyad turut menerima tawaran daripada kelab liga Itali, AS Roma tetapi beliau memilih untuk ke La Liga atau Liga Perdana Inggeris sebagai sasaran utama. Pemain yang berusia 26 tahun itu menyertai Leicester City dari Le Havre pada Januari 2014 dan menandatangani kontrak 4 tahun dengan kelab itu pada bulan Ogos 2015.
Walaubagaimana pun, laporan dari The Mirror mengatakan Riyad masih berharap Barcelona akan membuatkan tawaran yang lebih baik dan wakilnya sedia berunding dengan kelab sepanyol itu pada minggu ini.