Skuada bola sepak Sukan SEA Thailand yakin mereka mampu untuk mengalahkan Vietnam dalam perlawanan terakhir kumpulan B dan seterusnya layak ke saingan separuh akhir.
Juara bertahan itu dan Vietnam terikat dengan 10 mata dari 4 perlawanan tetapi Vietnam mempunyai kelebihan dari perbezaan gol dengan Vietnam (+11) dan Thailand (+6).
Vietnam bagaimana pun hanya memerlukan seri dalam pertemuan petang ini untuk mengesahkan kedudukan diperingkat separuh akhir.
Thailand Mampu Ke Semi Final
Skuad bimbingan Worrawoot Srimaka ini, mampu untuk layak ke separuh akhir walaupun keputusan seri bertemu Vietnam, jika Indonesia gagal menewaskan Kemboja dengan kelebihan 3 gol.
2 pasukan teratas kumpulan B akan layak ke separuh akhir dengan juara kumpulan B akan bertemu Myanmar dan naib juara kumpulan B akan bertemu Malaysia selaku juara Kumpulan A.
Komen Worrawoot Srimaka Tentang Pelaung Thailand
Worrawoot memberitahu beliau akan melakukan sedikit perubahan dalam barisan pemain disebabkan penggantungan Chaiyaway Buran.
“Kami yakin akan layak ke separuh akhir. Pemain kami tahu apa yang mereka perlu lakukan untuk ke separuh akhir. Saya rasa pasukan Vietnam lebih tertekan berbanding kami”
“Vietnam memiliki permainan menyerang yang baik. Kami perlu lebih berhati-hati dibahagian pertahanan untuk mengelakkan kesilapan mudah.Kami juga perlu lebih ketajaman dibahagian serangan.”
“Kami masih lagi pasukan No.1 di ASEAN. Kami akan lakukan apa saja untuk membawa pulang pingat emas sebagai hadiah kepada seluruh rakyat Thailand”
Habuan 1 Juta Baht Kepada Pasukan
Jika skuad Sukan SEA Thailand ini menewaskan Vietnam dan layak ke separuh akhir, Persatuan Bola Sepak Thailand (FAT) akan memberikan hadiah 1 juta Baht sebagai ganjaran.
Semua perlawnan terkahir kumpulan B akan berlangsung pada jam 4 petang di Stadium Shah Alam, Stadium MPS dan UM Arena Stadium.