Pengadil yang bertugas dalam perlawanan diantara Vietnam bertemu Kemboja pada hari Khamis lalu, memohon maaf kepada pasukan Vietnam kerana memberikan sepakan penalti pada minit ke 82.
Ketua jurulatih pasukan Vietnam U22, Nguyen Huu Thang telah memberitahu kejadian itu kepada Menteri Kebudayaan, Sukan dan Pelancongan Vietnam, Nguyen Ngoc Thien dalam satu mesyuarat di Berjaya Times Square Hotel semalam.
Memetik laporan dari Bao Tin Tuc, sejurus perlawanan itu tamat, pengadil perlawanan mengakui kesilapannya dan memberitahu bola tidak terkena tangan ketua pasukan Vietnam U22, Bui Tien Dung. Wang Di, seorang pengadil dari China tersilap membuat keputusan dan memberikan sepakan penalti kepada Kemboja pada minit ke 82 dan disudahkan oleh Nen Sothearoth.
Video Perlawanan Vietnam 4-1 Kemboja
https://www.youtube.com/watch?v=uCK416RZcTA
Skuad Vietnam akan bertemu Filipina malam ini, menentang Indonesia pada 22 Ogos dan bertemu juara bertahan Thailand pada 24 Ogos.