Berita

Akibat Masalah Kewangan Kronik, Kelab Terengganu City FC Dijual?

terengganu city fc dijual

Terengganu City FC Dijual?

Sekeping gambar yang menyatakan tawaran kepada mana-mana pihak yang berminat untuk mengambilalih pengurusan kelab bola sepak Terengganu City FC telah tersebar dibeberapa ‘page’ laman sosial Facebook dan juga aplikasi Whatsapp semalam.

Surat yang ditandatangani oleh presiden kelab Terengganu City FC, Mohd Johan Ismail bertarikh 7 Jun 2017  itu tidak ditujukan kepada individu yang jelas, hanya secara umum kepada mana-mana pihak yang berminat.

Perenggan pertama surat itu menyatakan prestasi pasukan dalam saingan Piala FAM 2017 yang boleh dikatakan cemerlang pada musim pertama penyertaan mereka, hasil usaha pemain-pemain walaupun wujudnya isu pembayaran gaji tertunggak.

Dalam perenggan kedua pula menyatakan sesiapa yang berminat untuk mengambilalih pasukan perlu menghubungi pegawai pemasaran pasukan menggunakan no telefon yang disediakan, berdasarkan persetujuan selepas perbincangan dilakukan.

Nak letak jawatan? Nak hantar surat ni ke sape? Bukan ke En Mohd Johan Ismail pemilik penuh kelab? Macam2 hal awok kn….

Coastal Sea Armyさんの投稿 2017年7月2日