Luar Negara

Iran Pasukan Asia Pertama Layak Ke FIFA World Cup 2018

Iran menjadi pasukan pertama dari Asia layak ke Piala Dunia 2018, selepas menewaskan Uzbekistan 2-0 dalam perlawanan ke 8 pusingan akhir kelayakan zon Asia. 2 gol Iran dijaringkan oleh Serdar Azmoun pada minit ke 23 dan Mehdi Teremi pada minit ke 88.

Berbaki 2 lagi perlawanan, Iran telah berjaya mengutip 20 mata diikuti oleh Korea Selatan dengan 13 mata dari 7 perlawanan. Uzbekistan di tempat ke 3 kumpulan A dengan hanya 12 mata, jelas tidak mampu mencabar kedudukan naib juara kumpulan berbaki 2 perlawanan.

Untuk rekod, jurulatih Iran, Carlos Queiroz telah berjaya membawa Iran layak dua kali berturut-turut ke Piala Dunia – 2014 Brazil dan 2018 Russia.  Selain itu, beliau juga pernah membawa Afrika Selatan layak ke Piala Dunia 2002 dan Portugal ke Piala Dunia 2010.

Dua kedudukan teratas setiap kumpulan akan layak ke kejohanan Piala Dunia 2018, manakala tempat ke 3 setiap kumpulan akan berentap untuk merebut slot play off bertemu pasukan tempat ke 4 kelayakan CONCACAF.

Sehingga kini, hanya 3 pasukan telah mengesahkan tempat dalam kejohanan Piala Dunia 2018 iaitu, Russia ( tuan rumah ), Brazil, dan Iran.

Saksikan video highlight perlawanan Iran vs Uzbekistan