Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, berkenan mengurniakan sebuah bas baharu kepada pasukan kebangsaan untuk kegunaan pemain, jurulatih dan kakitangan FAM.
Bas ini akan digunakan oleh skuad kebangsaan untuk menghadiri sesi latihan dan perlawanan-perlawanan dalam negara pada masa akan datang.
Beberapa komen di laman rasmi FAM menunjukkan sokongan positif daripada penyokong yang mengharapkan agar kehadiran bas ini memberi semangat baharu dan menandakan kebangkitan semula skuad Harimau Malaya.
“Semoga segala usaha yang dicurahkan untuk menaikkan bola sepak Malaysia membuahkan hasil kelak,” kata Azizi Saliman.
“Perubahan material memberi perasaan hebat kepada pasukan…diharap minda pemain juga berubah bila berhadapan dengan mana-mana pasukan..”, kata Nijae Yahya