Liga Super Malaysia

Rakuten Dipilih Sebagai J League Official Merchandise E-Commerce Platform

Siapa Rakuten?

Bagi yang masih belum mengenali jenama Rakuten ini, ia merupakan sebuah syarikat yang menyediakan platform jualan secara online atau lebih dkenali dengan ‘e-commerce’ platform.

Jenama Rakuten ini cukup terkenal dan mereka merupakan gergasi e-commerce terbesar di Jepun meninggalkan pesaing yang lain seperti Yahoo Shopping, Yahoo Auction, Amazon Japan, Kakaku, Play-Asia dan lain lain lagi.

J League Official Merchandise E-Commerce Platform 

Dengan kontrak selama 2 tahun setengah, Rakuten telah diberikan kepercayaan penuh oleh Japan Professional Football League (J.League) untuk menggunakan kepakaran mereka dalam bidang e-commerce, bagi meningkatkan lagi hasil jualan offcial merchandise J.League.

Platform berkenaan akan dibuka untuk jualan sekitar pertengahan Julai dan akan merangkumi semua Official Merchandise dari 54 buah kelab yang beraksi dalam saingan J League.

Target utama platform ini adalah untuk bersaing dengan satu lagi sukan paing popular di Jepun, Baseball, dari perspektif jualan official merchandise yang berada dibawah naungan Nippon Professional Baseball.

“J League semakin maju apabila banyak menggunakan internet – terutama apabila wujudnya online platform dari DAZN. Kami menawarkan sebuah platform secara online dan mampu untuk memenuhi permintaan peminat dari semua kelab J League, menjadikan J League lebih menarik dan mengujakan. Kami gembira dengan kerjasama ini dan akan terus memberikan sokongan bila-bila masa sahaja.”

“Saya peminat sukan. Dibawah kempimpinan Mitsuru Murai, J League berjaya menjadi diantara liga bola sepak terbaik di Asia, satu kebanggaan kami kepada dunia. Ada beberapa liga seperti Korea Selatan dan China, tetapi dari segi ketelusan, keadilan dan kelengkapan, kami perlu memastikan J League kekal No1 di Asia.”

Perbandingan Hasil Jualan

Tahun lalu, pasukan baseball Hiroshima Carp – juara Central League, berjaya mencatatkan jualan official merchandise 16 kali ganda lebih tinggi berbanding purata hasil jualan pasukan Juara J League dari musim 2012 hingga 2016!

Pengalaman dan ‘know-how’ Rakuten dalam online shopping / e-commerce Jepun adalah kepakaran mereka, dan Rakuten juga mempunyai 100 juta ahli berdaftar sehingga hari ini menurut CEO Rakuten,, Hiroshi Mikitani.

 

Situasi Semasa Jualan Official Merchandise J League

Jika anda biasa melayari laman jualan rasmi kelab-kelab J League, semua usaha untuk memajukan jualan adalah bergantung kepada sesebuah kelab itu sahaja. Ia tidak sekata dan hasil jualan juga turut tidak stabil.

Melalui kerjasama ini, Rakuten akan menyelaraskan semua aspek berkaitan jualan bermula dari stok produk sehinggalah proses penghantaran. Mereka menyasarkan untuk melihat peningkatan jualan ketika musim 2018 akan bermula kerana ketika itu adalah ‘peak-season’ untuk jualan barangan J League.

 

Rakuten Taja Barcelona USD60 Juta Semusim

Mulai musim 2017/2018 juga, Rakuten adalah penaja utama jersi Barcelona yang dianggarkan bernilai USD60 juta semusim dengan kontrak selama 4 tahun.

Hiroshi Mikitani juga yang merupakan pemilik kelab J1 League, Vissel Kobe, telah melaburkan wang besar untuk menandatangani bekas pemain kebangsaan Jerman, Lukas Podolski awal tahun ini.

Beliau juga memiliki sebuah kelab baseball profesional di Jepun – Tohoku Rakuten Golden Eagles sejak 2004!