Malaysia Berita

FAM terima sumbangan RM15 juta dari Perdana Menteri

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan peruntukan sebanyak RM15 juta bagi memperkasakan pasukan bola sepak kebangsaan.
Presiden FAM, Datuk Hamidin Amin menzahirkan ucapan terima kasih tidak terhingga kepada peruntukan tersebut.
“Sudah tentu FAM sangat berbesar hati dengan kesungguhan dan komitmen daripada Anwar dalam memberikan peruntukan tersebut selain beliau sendiri menyatakan secara peribadi untuk memantau dan membantu dalam usaha memperkukuhkan pasukan Harimau Malaya.”
FAM seterusnya akan mengadakan pertemuan dengan PM untuk membentangkan struktur organisasi pengurusan pasukan kebangsaan bagi merealisasikan usaha ini dengan satu tujuan iaitu untuk mengangkat pasukan Harimau Malaya menjadi salah satu pasukan gergasi di rantau Asia.