Liga Super Malaysia Berita

[VIDEO] Bergson jaringkan gol ke-19, JDT semakin jauh tinggalkan Terengganu

JDT kukuhkan kedudukan di puncak Liga Super apabila meraih kemenangan 2-0 ke atas Sabah malam ini.

Bergson menjadi wira apa menjaringkan dua gol pada minit ke-18 dan 20.

Penyerang dari Brazil itu menjaringkan gol pertama hasil hantaran Safawi Rasid manakala gol kedua dijaringkan menerusi hantaran jauh Leandro Velazquez.

JDT kini mengumpul 45 mata selepas 18 perlawanan, melebarkan jurang antara Terengganu kepada 8 mata setakat ini.

Sabah kekal ditangga ke-7, mengumpul 19 mata daripada 18 perlawanan.