Wan Kuzain Wan Kamal menjaringkan gol pertamanya untuk Rio Grande Valley FC Toros, sekali gus membantu pasukannya meraih kemenangan 2-1 ke atas San Antonio dalam saingan USL Championship musim ini.
Pemain berusia 22 tahun itu menjaringkan gol pendahuluan apabila berjaya membawa bola melepasi sehingga tiga orang pemain sebelum merembat masuk pada minit ke-42.
GOOOOOL WAN KUZAIN!!!!!! LET'S GO!! #ParaElValle | #RGVvSA | #BeatSA pic.twitter.com/Tvuq9m84Th
— Rio Grande Valley FC Toros (@RGVFC) May 17, 2021
Rakan sepasukannya, Christian Sorto menggandakan jaringan pada minit ke-57, sebelum San Antonio mendapat satu-satunya gol pada minit ke-68 menerusi jaringan Santiago Patino.
Kemenangan itu menjadikan Rio Grande sebagai pendahulu liga dengan 9 mata dari 3 perlawanan dalam USL Championship bahagian Western Conference Mountain, sebuah kumpulan yang terdiri daripada pasukan dari Texas, New Mexico, Utah dan Colorado.
Ini merupakan penampilan ketiga Wan Kuzain dalam saingan USL Championship musim ini setelah turut beraksi dalam dua perlawanan sebelum ini iaitu ketika bertemu Rio Grande bertemu New Mexico United dan San Diego Loyal.
Ia juga menunjukkan bahawa jurulatih Rio Grande, Wilmer Cabrera menaruh kepercayaan tinggi kepada Wan Kuzain.