Tiga perlawanan Liga Super hari ini menyaksikan JDT dan Terengganu meraih kemenangan kedua pada musim ini.
Yang paling mengejutkan apabila Terengganu mudah menundukkan Selangor 3-1 di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin.
Jordan Mintah yang dipinjamkan dari Terengganu II menjaringkan gol pendahuluan pada minit ke-35.
Pemain gantian, Rahmat Makasuf menggandakan kedudukan Terengganu pada minit ke-61.
Selangor berjaya merapatkan kedudukan menerusi Shahrul Nizam Ros yang tertampan di gawangnya sendiri pada minit ke-74.
Namun, Terengganu menjaringkan gol pada masa tambahan menerusi Hakimi Abdullah sekali gus memusnahkan harapan Selangor untuk menyamakan kedudukan.
90+4'' | GOL @FCTerengganu
Hakimi Abdullah menjaringkan gol ketiga Terengganu FC untuk keputusan 3-1.#LigaSuper2021 pic.twitter.com/AwhA3oCyI1
— Malaysian Football League (@MFL_MY) March 9, 2021
JDT pula bergelut ketika menentang Pulau Pinang sebelum meraih kemenangan 2-0.
Pasukan Harimau Selatan itu mengambil masa sehingga minit ke-81 untuk menjaringkan gol menerusi sepakan penalti Leandro Velazquez, dengan Fernando Rodriguez menjaringkan gol kedua perlawanan.
85' | GOL @OfficialJohor
Fernando Rodriguez menambah gol kedua JDT.#LigaSuper2021 pic.twitter.com/LgECFGuvzn
— Malaysian Football League (@MFL_MY) March 9, 2021
Di Alor Setar, Kedah berjaya meraih kemenangan pertama musim ini apabila menewaskan Sabah 2-0.
Gandingan Kipre Tchetche dan Kpah Sherman cukup berbisa apabila Tchetche menjaringkan gol pertama pada minit ke-15, diikuti Sherman pada minit ke-21.
21' | GOL @kda_fc
Sherman menggandakan kedudukan Kedah Darul Aman FC!#LigaSuper2021 pic.twitter.com/vyIqZkmTSr
— Malaysian Football League (@MFL_MY) March 9, 2021