MFL membuat keputusan bahawa tiada penyingkiran buat pasukan berstatus Liga Premier pada musim ini.
CEO MFL, Datuk Ab Ghani Hassan berkata, keputusan itu dibuat selepas menyaksikan Amateur Football League (AFL) mengambil keputusan untuk membatalkan saingan Liga M3 musim 2020 pada 8 Jun lalu.
“Tiada penurunan dari pasukan Liga Premier pada musim ini,” katanya dalam kenyataan.
“Tetapi format biasa iaitu dua pasukan menduduki menduduki tangga ke-11 dan 12 dari Liga Super (turun ke Liga Premier) dan dua pasukan teratas Liga Premier (naik ke Liga Super) kekal seperti biasa.”
Ini bermakna, ia menjadi satu kelebihan buat mana-mana pasukan terutamanya Kelantan yang jika dipotong mata sekalipun, akan terselamat daripada penyingkiran ke Liga M3 musim depan.