Liverpool berjaya melangkah ke pusingan 16 pasukan terakhir dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah selepas menewaskan Red Bull Salzburg 2-0 awal pagi tadi.
🎯#SALLIV | #UCL pic.twitter.com/V45N6HlbNF
— Liverpool FC (@LFC) December 10, 2019
Jaringan daripada Naby Keita dan Mohamed Salah pada babak kedua sudah cukup untuk meletakkan skuad bimbingan Jurgen Klopp sebagai juara kumpulan E dengan pungutan 13 mata.
Perlawanan sengit itu juga menyaksikan dua bekas pemain Red Bull Salzburg iaitu Sadio Mane dan Naby Keita kembali ke halaman lama tetapi kini beraksi dengan Liverpool.
Sadio Mane pernah beraksi bersama Red Bull Salzburg selama dua musimpada tahun 2012 sehingga 2014 sebelum menyertai Southampton manakala Naby Keita pernah berkhidmat bersama Red Bull Salzburg pada tahun 2014 sehingga 2016 juga selama dua musim.
Pemain tengah, Naby Keita yang menjaringkan gol menerusi tandukan selepas menerima hantaran silang cantik daripada Sadio Mane dilihat tidak meraikan jaringan tersebut sebagai tanda menghormati pasukan lama.
Two in two for Naby! 🤩
Saturday v Bournemouth ⚽️
Tuesday v Salzburg ⚽️ pic.twitter.com/FdbDEXPsnD— Liverpool FC (@LFC) December 10, 2019
Sadio Mane mengakui ianya merupakan perlawanan yang sukar kerana bertemu dengan pasukan lama dan dalam pada masa yang sama berada dalam misi untuk menang.
‘Kami mencipta banyak peluang dan saya gembira dengan persembahan dia (Naby Keita).’
‘Kami berhak untuk menang dan kami gembira dengan keputusan tersebut. Ianya perasaan yang menakjubkan untuk kembali ke sini kerana disinilah segala-galanya bermula’, katanya lagi kepada Goal.com.
‘Saya bersyukur dan berterima kasih kepada pasukan dan penyokong. Maaf tapi kami terpaksa lakukan’, tambahnya lagi.
Red Bull Salzburg sebagai tuan rumah tidak bernasib baik untuk memperoleh gol selepas penjaga gawang Liverpool, Alisson Becker bertindak cemerlang mengawal pintu gol daripada dibolosi.