Semalam, Muangthong United telah bertemu dengan Chiangrai United dalam perlawanan ke 17 Toyota Thai League 1, yang berkesudahan kemenangan kepada tuan rumah dengan keputusan 4-2.
Perlawanan ini juga merupakan perlawanan terakhir Chanathip Songkrasin bersama Muangthong United, dan akan berlepas ke Jepun untuk beraksi bersama kelab J1 League, Hokkaido Consadole Sapporo, bermula Julai 2017.
‘Messi Jay’ akan bersama pasukan yang berpangkalan di Sapporo itu selama 1 setengah tahun secara pinjaman.