Ketibaan Ferland Mendy di Estadio Santiago Bernabeu telah mencatatkan perbelanjaan Real Madrid untuk musim panas ini kepada lebih 300 juta euro.
Pemain Perancis itu tiba dari Lyon untuk 48 juta euro, di mana tambahan 5 juta euro.
Perbelanjaan Los Blancos musim panas ini mengatasi tahun 2009 ketika mereka menghabiskan hampir 254 juta euro dengan membawa masuk Karim Benzema, Kaka, Xabi Alonso dan Cristiano Ronaldo .
Lima pemain telah tiba musim panas ini untuk menyumbang kepada jumlah keseluruhan perbelanjaan.
Kehadiran Rodrygo telah diketahui dengan harga 45 juta euro, serta 50 juta euro untuk Eder Militao, 60 juta euro untuk Luka Jovic, 100 juta euro untuk Eden Hazard dan kemudian Mendy dengan 48 juta euro.
Musim panas ini bakal menjadi panjang. Sementara beberapa pemain bakal meninggalkan pasukan, beberapa pemain juga bakal hadir menyertai Real Madrid
Dengan misi mendapatkan Paul Pogba sedang berjalan, Real Madrid dilihat akan terus berbelanja apabila Manchetser United menetapkan harga 150 juta euro untuk mendapatkan bintang mereka dan Real Madrid dilihat bakal menggunakan apa sahaja untuk mendapatkan pemain tersebut.
Dengan Gareth Bale dan James Rodriquez dikhabarkan bakal dilepaskan oleh Los Blancos.
Real Madrid sedar mereka telah berbelanja lebih dan menjadi keutamaan mereka untuk menjual kedua-dua pemain ini bagi mendapatkan Pogba.