Cabaran besar menanti Jerantut FA dalam pusingan ketiga Piala FA apabile diundi bertemu Perak.
Justeru, pasukan Jerantut FA memilih untuk mendaki Bukit Seladang bagi meningkatkan kecergasan mereka.
Kaedah latihan ini membolehkan para pemain menambah stamina dan ketahanan fizikal bagi mengelak daripada menjadi pasukan belasahan.
“Walaupun pasukan kita dibarisi pemain muda, namun ia tidak bermakna semuanya memiliki stamina atau kekuatan fizikal yang baik. Ini adalah latihan tambahan, kita ingin pastikan semua (pemain) memiliki tahap stamina paling tinggi apabila ke sana (Perak) nanti.
“Selain membina stamina, kita juga mahu pemain menjadikan aktiviti mendaki bukit ini sebagai pencetus motivasi dalam diri masing-masing supaya tampil dengan lebih bertenaga dan segar menjelang aksi pusingan ketiga saingan Piala FA,” katanya.
Beliau turut berkata aktivi pendakian kali ini lebih kepada riadah.
“Mendaki bukit setinggi 165 meter ini adalah sebagai persediaan mental dan fizikal pemain jika perlawanan menentang pasukan The Bos Gaurus terpaksa diheret ke masa tambahan, seperti ketika kita menentang pasukan Besut pada pusingan pertama tempoh hari.
“Kita tidak melihat pasukan Perak sebagai pasukan yang terlalu kuat, tapi tidaklah sampai kita memandang mudah cabaran yang bakal dihadapi, tapi kita akan cuba pamerkan aksi terbaik bagi memastikan semua pemain berpuas hati sebaik perlawanan tamat,” katanya.