Dua kejohanan sebelum ini dijalankan di India, tetapi untuk julung kalinya Asian Premier Futsal Championship 2019 akan dijalankan di Thailand dan Indonesia.
Indonesia dipilih sebagai tuan rumah bagi peringkat kumpulan, separuh akhir dan aksi akhir di mana akan dijalankan di Istora Senayan pada November 2019 dan akan menemukan enam negara Asia yang lain.
Indonesia melalui wakil presiden Federasi Futsal Indonesia (FFI), Syafril Nasution, menyatakan Indonesia bersedia untuk menjalankan acara ini. Hal ini tidak terlepas dari usaha FFI untuk membawa pasukan futsal Indonesia ke Piala Dunia Futsal 2020.
“FFI terus mendorong futsal untuk memenuhi sasaran bagi layak Piala Dunia 2020,” tegas Syafril.
Acara ini bukan sahaja dimeriahkan dengan kehadiran enam negara untuk berentap bagi memenangi piala tersebut. Malah, ia akan turut dihadiri oleh bintang bola sepak dunia.