Malaysia Berita

Tan Cheng Hoe Panggil Muka Baru

Cheng Hoe mengekalkan seramai 13 pemain dari skuad 23 pemain yang membawa Malaysia muncul naib juara Piala Suzuki AFF 2018, Disember lalu tanpa baki 10 pemain lain.

Empat daripadanya iaitu Syamer Kutty Abba, Akhyar Abdul Rashid, Safawi Rasid dan Syahmi Safari telah disenaraikan Datuk Ong Kim Swee bagi memperkasakan skuad B-22 kebangsaan untuk Kelayakan Kejuaraan B-23 AFC 2020 manakala enam lagi pemain tidak dipanggil Cheng Hoe kali ini iaitu penjaga gol Farizal Marlias, Aidil Zafuan Abd Radzak, Adam Nor Azlin, Amirul Azhan Aznan, Syafiq Ahmad dan Shahrel Fikri Md Fauzi.

Sebagai ganti bagi melengkapkan senarai 25 pemain, Cheng Hoe telah menyenaraikan 12 pemain baharu terdiri daripada tiga pemain Selangor – Abdul Latiff Suhaimi, Faiz Nasir dan Abdul Halim Saari; dua pemain Pahang – Matthew Davies dan Nor Azam Abdul Azih; serta dua pemain Kedah – penjaga gol Ifwat Akmal Chek Kassim dan Rizal Ghazali.

Turut tersenarai adalah Hadin Azman (Felda United), Firdaus Saiyadi (Perak), Hafiz Ramdan (PKNP FC), Nicholas Swirad (PKNS FC) dan S Kumaahran (JDT II).

Para pemain akan melapor diri pada 12 Mac ini untuk menjalani latihan pusat manakala empat pemain JDT yang terlibat dengan perlawanan Liga Juara-Juara Asia (ACL) pada tarikh yang sama hanya akan melapor diri sehari kemudian.

Skuad Harimau Malaya bakal menghadapi dua perlawanan pada Piala AIRMARINE 2019 iaitu bertemu Singapura pada perlawanan pertama pada Rabu, 20 Mac 2019 (8.45 malam) dan berdepan Oman atau Afghanistan pada perlawanan kedua pada Sabtu, 23 Mac 2019 (4.30 petang atau 8.45 malam).

Selepas itu, satu lagi perlawanan bakal dihadapi mereka iaitu perlawanan persahabatan antarabangsa “A” bertemu Nepal pada 26 Mac, jam 5.30 petang sebelum para pemain dilepaskan ke kelab masing-masing. – FAM

SENARAI PEMAIN SKUAD KEBANGSAAN

Penjaga gol: Hafizul Hakim Khairul Nizam Jothy, Ifwat Akmal Chek Kassim, Khairul Fahmi Che Mat

Pertahanan: Shahrul Saad, Nazirul Naim Che Hashim, Matthew Davies, Abdul Latiff Suhaimi, Rizal Ghazali, Nicolas Swirad, Syazwan Andik Ishak, Irfan Zakaria

Tengah: Kenny Pallraj, Firdaus Saiyadi, Nor Azam Abdul Azih, Faiz Nasir, Abdul Halim Saari, Akram Mahinan

Sayap: Mohamadou Sumareh, Syazwan Zainon, Hafiz Ramdan, Hadin Azman

Penyerang: Norshahrul Idlan Talaha,Zaquan Adha Abd Radzak, Ahmad Hazwan Bakri, S Kumaahran