Liga Super Malaysia Berita

JDT juara Piala Malaysia, raih trofi ke-30 dalam sejarah

JDT bangkit menewaskan Pahang 2-1 selepas ketinggalan di separuh masa pertama dalam perlawanan akhir Piala Malaysia di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Ini merupakan kejuaraan ketiga berturut-turut buat JDT selepas memenanginya pada 2022 dan 2023 dan kejuaraan kali kelima dalam sejarah Piala Malaysia selepas turut memenanginya pada 2017 dan 2019.

Ia juga merupakan trofi ke-30 yang dimenangi JDT sejak ditubuhkan pada 2013.

Pahang mendahului seawal minit ke-13 menerusi jaringan T. Saravanan.

Namun, Pahang terpaksa beraksi dengan 10 pemain selepas Sergio Aguero dilayangkan kad merah pada minit ke-34.

JDT menyamakan kedudukan hasil jaringan Bergson yang menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-53.

Namun, JDT juga kehilangan seorang pemain apabila Park Jun-heong dilayangkan kad merah pada minit ke-56.

JDT akhirnya di depan apabila Arif Aiman menjaringkan gol pada minit ke-73.

Kedudukan 2-1 kekal hingga tamat perlawanan.