Liga Super Malaysia Berita

Satu gol cukup buat JDT tewaskan Terengganu

JDT meraih kemenangan 1-0 ke atas Terengganu dalam perlawanan Liga Super di Kuala Terengganu.
Ia merupakan kemenangan ke-17 buat JDT musim ini.
JDT mendahului seawal minit ke-12 menerusi jaringan Juan Muniz.
Jaringan itu menjadi gol kemenangan buat JDT, dengan kedudukan 1-0 kekal hingga tamat perlawanan.
JDT akan bertemu Terengganu buat kali ketiga berturut-turut, kali ini dalam perlawanan separuh akhir kedua Piala Malaysia pada 1 Februari ini di Johor Bahru.