Malaysia Berita

JDT mulakan 2025 dengan kemenangan

JDT memulakan tahun 2025 dengan kemenangan 4-0 ke atas Sabah dalam Liga Super di Stadium Sultan Ibrahim.
Ini merupakan kemenangan ke-16 JDT dalam Liga Super musim ini.
JDT menguasai perlawanan namun kedudukan 0-0 berjaya dipertahankan Sabah pada separuh masa pertama.
Namun, ia hanya sementara apabila Juan Muniz menjaringkan gol pertama pada minit ke-51 sebelum menambah gol kedua pada minit ke-69.
2 lagi gol dijaringkan oleh Bergson menerusi penalti pada minit ke-79 sebelum melengkapkan kemenangan pada minit ke-83.
Bergson kekal penjaring terbanyak Liga Super dengan kini menjaringkan 23 gol setakat ini.
JDT kini meraih 49 mata daripada 17 perlawanan, beza 20 mata dengan Sabah yang kekal di tangga ketiga dengan 29 mata daripada 16 perlawanan.
Selepas ini, JDT akan bertemu Terengganu 3 kali berturut-turut iaitu perlawanan pertama separuh akhir Piala Malaysia pada 17 Januari di Kuala Terengganu.
Kemudian, JDT akan bertemu Terengganu di gelanggang yang sama pada 25 Januari bagi perlawanan Liga Super.
Pertemuan terakhir JDT dengan Terengganu musim ini adalah perlawanan kedua separuh akhir Piala Malaysia pada 1 Februari ini.