
Akhyar Rashid secara rasminya telah menandatangani kontrak untuk bersama Terengganu yang akan mengekalkan pemain ini sehingga 2 musim bersama kelab ini.
Pemain sayap berusia 25 tahun itu sebelum ini dipinjamkan dari kelab JDT bagi musim 2024/2025.
Selepas memasuki pertengahan musim, Terengganu telah membuat permohonan secara rasmi untuk menandatangani pemain ini secara tetap dari kelab JDT.
Katanya, permohonan ini telah diperkenankan oleh Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim dan bersetuju untuk melepaskan pemain ini khas untuk kelab Terengganu dan pemain ini boleh beraksi bersama Terengganu FC sebagai pemain tetap.
“Pihak kelab mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas keputusan ini dan diharapkan kehadiran Akhyar ini terus mampu meningkatkan lagi kualiti pasukan ini untuk baki musim ini dan musim-musim akan datang.
“Akhyar juga mengucapkan ucapan terima kasih buat kelab JDT dan juga Tunku Mahkota Johor atas segala perkara yang telah dicurahkan buat beliau sebelum ini dalam menjadikan beliau sebagai seorang pemain yang profesional.
Akhyar akan kekal bersama Terengganu sehingga musim 2026/2027.