Perlawanan pembukaan Malaysia berakhir dengan keputusan seri 2-2 dengan Kemboja dalam Piala Mitsubishi Electric ASEAN 2024 di Phnom Penh.
Skuad Harimau Malaya mendahului menerusi Stuart Wilkin pada minit ke-35.
Namun, kedudukan 1-0 di separuh masa pertama tidak bertahan lama apabila Malaysia dibolosi 2 gol.
Kemboja menyamakan kedudukan menerusi Coulibaly Abdel pada minit ke-52.
Sa Ty meletakkan Kemboja di hadapan dengan gol pada minit ke-60.
Malaysia berjaya menafikan kemenangan Kemboja apabila Fergus Tierney menyamakan kedudukan pada minit ke-74.
Skuad negara cuba mencipta gol kemenangan namun kedudukan 2-2 kekal hingga tamat perlawanan.
Malaysia akan bertemu Timor Leste bagi perlawanan kedua di Bukit Jalil pada 11 Disember ini.