Malaysia Berita

Malaysia bangkit dari ketinggalan tewaskan Timor Leste 3-2

Malaysia bangkit dari ketinggalan apabila meraih kemenangan dramatik 3-2 ke atas Timor Leste dalam perlawanan kedua Piala AFF Mitsubishi Electric ASEAN 2024.
Paulo Josue muncul wira apabila menjaringkan 2 gol di separuh masa kedua.
Skuad Harimau Malaya mendahului pada selepas lebih setengah jam beraksi menerusi jaringan Syafiq Ahmad pada 37 minit.
Namun, Malaysia dikejutkan dengan 2 gol bolos di minit-minit akhir separuh masa pertama.
Timor Leste menyamakan kedudukan menerusi Olagar Xavier, sebelum Joao Pedro meletakkan pasukannya di hadapan dengan gol kedua.
Kedudukan 2-1 memihak kepada Timor Leste kekal sehingga pertengahan separuh masa kedua.
Malaysia akhirnya menyamakan kedudukan menerusi Paulo Josue pada minit ke-70.
Josue melengkapkan kemenangan pada minit ke-83, dengan kedudukan 3-2 kekal hingga tamat perlawanan.
Malaysia akan beraksi menentang Thailand di Rajamangala pada 14 Disember ini.