
Arif Aiman dan Tommy Mawat digantung 3 perlawanan susulan kekasaran yang dilakukan ketika perlawanan antara Perak dan JDT pada 10 November lalu.
Keputusan itu dibuat oleh Jawatankuasa Tatatertib FAM akibat daripada tindakannya menumbuk di bahagian muka sebelah kiri pemain Perak, Tommy Mawat Bada pada perlawanan tersebut.
“Pemain ini (Arif) dikenakan hukuman penggantungan tiga perlawanan iaitu perlawanan pertama dan kedua Pusingan 16 Piala Malaysia 2024-2025 menentang KL Rovers pada 20 dan 30 November 2024 serta perlawanan Liga Super 2024-2025 menentang Kuala Lumpur City pada 8 Disember 2024.
Arif juga diberi amaran keras dan hukuman yang lebih berat akan dikenakan jika mengulangi kesalahan yang sama, namun keputusan ini boleh dirayu.
Tommy pula dikenakan tindakan kerana menanduk kepala dan seterusnya mencengkam leher sebelah kiri pemain JDT, Arif Aiman pada perlawanan tersebut.
“Pemain ini (Tommy) dikenakan hukuman penggantungan 3 perlawanan iaitu perlawanan pertama dan kedua Pusingan 16 Piala Malaysia 2024-2025 menentang KDN FC pada 22 dan 30 November 2024 serta perlawanan Liga Super 2024-2025 menentang Kedah pada 4 Disember 2024.
Tommy juga diberi amaran keras dan hukuman yang lebih berat akan dikenakan jika mengulangi kesalahan yang sama, namun keputusan ini boleh dirayu.